KURSUS KESEDARAN HALAL & LATIHAN KEUSAHAWANAN
KURSUS KESEDARAN HALAL & LATIHAN KEUSAHAWANAN
PHCSB menyediakan kursus kesedaran serta latihan Halal khusus bagi usahawan dan syarikat di Perak, merangkumi konsep asas Halal, keperluan Pensijilan Halal JAKIM, amalan pengeluaran terbaik dan pemasaran Halal. Bertujuan meningkatkan ilmu kakitangan, memudahkan urusan pensijilan serta menjamin pematuhan standard Halal JAKIM. PHCSB juga menyediakan latihan keusahawanan merangkumi aspek pengurusan, kewangan, pasaran dan produk.
KELEBIHAN
Kefahaman Prosedur Halal
Pengetahuan tentang syarat dan proses yang perlu dipatuhi untuk memastikan produk atau perkhidmatan memenuhi piawaian halal.
Memudahkan Proses pensijilan
Membantu usahawan memahami dan menyediakan dokumen serta keperluan yang diperlukan untuk mendapatkan pensijilan.
Memastikan Pematuhan Standard Berkekalan
Memastikan semua proses dan produk sentiasa mematuhi standard yang telah ditetapkan secara konsisten.
Peningkatan Pengetahuan Dalam Bidang Keusahawanan
Usaha menambah ilmu dan kemahiran dalam mengurus serta mengembangkan perniagaan.